Sediakan Payung…

Harta Sepencarian 1 Comment »

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kelmarin saya dikunjungi oleh seorang wanita bersama dua orang anaknya yang masing - masing berumur tiga tahun lebih dan yang sulung hampir lima tahun. Setelah memperkenalkan dirinya Pn. F (bukan nama sebenar) menceritakan masalah yang dihadapinya.

Pn. F merupakan seorang penjual makanan ringan salah sebuah gerai berhampiran Tanjung Aru. Dipendekkan cerita beliau sebenarnya cuba untuk mendapatkan hak ke atas harta sepencarian memandangkan suami Pn. F telah melepaskannya untuk berkahwin dengan wanita lain. Sepanjang usia perkahwinan mereka, mereka memiliki sebuah rumah (habis dibayar), sebuah van, kereta iswara dan sebidang tanah pertanian di daerah Tuaran.

================================================================

Pada pendapat saya sememangnya pada awal usia sesebuah perkahwinan semuanya manis belaka. bak kata orang kentut pun berbau wangi (maaf sekiranya terkasar bahasa). Namun apabila pada pertengahan perkahwinan tersebut timbul sesuatu masalah, seharusnya setiap pasangan suami dan isteri faham dan jelas apakah yang dimaksudkan dengan institusi perkahwinan. Ianya ADALAH SUCI.

Umat Islam sedar bahawa kepentingan perancangan harta Islam demi masa hadapan. Namun seringkali melengah-lengahkan seolah-olah kita telah bersedia untuk hari mendatang. Peranan Sijil Deklarasi Harta Sepencarian adalah sangat penting di dalam sesebuah perkahwinan kerana ianya akan timbul apabila dua perkara berlaku dalam hidup perpasangan. Perkara tersebut adalah:

1. Apabila salah seorang pasangan bercerai mati.

2. Apabila salah seorang pasangan bercerai hidup.

Kita bersambung lagi di masa akan datang. Wassalam.

Moga kita berjumpa lagi.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Isteri kedua berhak harta atas suami saja

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/AMMJ/20060430133053/Article/indexs_html

Isteri kedua berhak harta atas suami saja

APAKAH hak isteri kedua ke atas harta yang dicari suaminya bersama isteri pertama? Contohnya jika suami dan isteri pertama mempunyai ladang yang dibeli dan diusahakan sepanjang perkahwinan mereka. Kemudian pada masa sama, lelaki berkenaan berkahwin lagi.

Adakah hasil daripada ladang getah berkenaan perlu diberikan kepada isteri kedua dan anaknya?

Jika berlaku kematian, adakah isteri kedua dan anaknya berhak menerima bahagian mereka daripada ladang getah berkenaan?

KAMAL
Selangor

JAWAPAN

Isteri kedua tidak berhak ke atas harta sepencarian suami dan isteri pertama. Jika ada, hak isteri kedua ialah dalam bahagian suami saja, iaitu pada bahagian dimiliki suaminya dan dalam soal ini isteri kedua berhak atas harta (bahagian) berkenaan. Hasil daripada ladang getah yang dipunyai suami dan isteri pertama dibahagikan hanya pada mereka berdua. Suami bagaimanapun boleh memberikan bahagiannya kepada isteri kedua atau sesiapa saja yang dia mahu.

Jika berlaku kematian, bahagian suami saja akan dibahagikan kepada pewarisnya, termasuk kepada isteri pertama dan kedua.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Terima kasih di atas pertanyaan dan jemputan

Taklimat / Ceramah / Bengkel / Kerjaya No Comments »

Assalamualaikum WBT,

Pihak kami amat berbesar hati menerima pelbagai pertanyaan di email serta panggilan telefon mengenai perkhidmatan kami ini.

Justeru itu, kami kini menawarkan perkhidmatan terus ke rumah/kediaman, pejabat, jabatan, premis Tuan/Puan (dengan temujanji) memandangkan perkhidmatan ini seharusnya dibincangkan bersama suami dan isteri demi kesejahteraan bersama. Sila buat temujanji terlebih dahulu kerana berkemungkinan besar masa itu telah di“booking” oleh pasangan/organisasi lain.

Sukacita juga kami memaklumkan perkhidmatan ( ke rumah/kediaman, pejabat, jabatan, premis) ini hanya tertumpu di Negeri Pahang sahaja. Bagi negeri-negeri selain yang dinyatakan, mohon berhubung dengan pihak kami bagi maksud tujuan tersebut.

Sekali lagi, terima kasih kerana sudi menggunakan khidmat kami. Sekadar renungan bersama, “Sediakan Payung Sebelum Hujan” dan “Jangan Disangka Panas Hingga ke Petang, Akhirnya Hujan Juga di Tengahari”.

Salam hormat, moga berjumpa lagi.

P.s = Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai harta sepencarian, Tuan/Puan dipersilakan melanggan dengan meletakkan alamat email terkini Tuan/Puan di sebelah kanan website ini.

P.s.s = Sekiranya Tuan/Puan merasakan informasi ini amat berguna, sila beritahu rakan dengan mengisikan nama, dan alamat mereka di sebelah kanan website ini.

P.s.s = Jasa baik Tuan/Puan amat dihargai sekiranya Tuan/Puan mengambil bahagian mengenai soalselidik umum berkenaan Sijil Deklarasi Harta Sepencarian.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login