Hak bekas isteri

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/AMMJ/20060226123245/Article/indexs_html

 Hak bekas isteri

DARIPADA pembacaan saya, wanita yang diceraikan mempunyai beberapa hak iaitu nafkah edah, tempat tinggal, muakah (pemberian sagu hati daripada bekas suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab), harta sepencarian dan hadanah (penjagaan anak).

Malangnya dalam banyak kes, hak wanita untuk mendapat nafkah edah sering diabaikan. Malah, ramai juga tidak diberikan nafkah ketika dalam perkahwinan lagi.

Adakah hukumnya lelaki yang mengabaikan hak ini? Adakah isteri masih boleh menuntut nafkah edah, walaupun tempoh edahnya tamat?

Adakah lelaki akan terlepas daripada hukum kerana tidak menunaikan hak bekas isterinya? Harta bawaan adalah harta yang dimiliki isteri atau suami sebelum berkahwin. Bagaimana pula halnya jika harta bawaan ini (contohnya rumah) isteri turut membayar bayaran bulanan. Jika berlaku perceraian, adakah si isteri boleh menuntut haknya ke atas rumah itu?

INGIN TAHU
Shah Alam

JAWAPAN

Benar masalah sebegini selalu melanda masyarakat. Jadi bagi lelaki yang mengabaikan nafkahnya terhadap isteri dan anak, hukumnya tetap berdosa kerana ia berjanji dan bersetuju memikul amanah dan tanggungjawab menyara isteri dan anak selepas bergelar suami dan bapa.

Namun, bagi situasi pasangan yang bercerai dan si suami masih tidak memberi nafkah dalam tempoh edah, pihak isteri berhak menuntut nafkah berkenaan ke pihak mahkamah, walau tempoh edah tamat. Read the rest of this entry »


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

v. Tuntutan Harta Sepencarian

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.islam.gov.my/buu/lepascerai.html

Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripda Undang-Undang Islam di Malaysia.

Dalam Al-Quran ada menyebut:
“Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan”.
(Surah An-Nisaa’ : 32)

Dalam ayat ini dapat kita fahami bahawa hak wanita dalam harta benda itu bergantung dari apa yang diusahakan.
Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, harta sepencarian ditakrifkan sebagai:
“Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak’.

Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Piah bt. Said lwn Che Lah bin Awang (1983, Jld. 2 J.H.) harta sepencarian ditakrifkan:
“Harta yang diperolehi bersama-sama suami isteri itu hidup bersama dan berusaha, sama ada keuda-dua pasanagan itu sama-sama bekerja dalam bidanag yang sama atau dalam bidang yang berlainan dan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi sama ada dibahagikan tugas atau tidak”.
Read the rest of this entry »


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Taklimat kesedaran dan kepentingannya Sijil Deklarasi Harta Sepencarian

Taklimat / Ceramah / Bengkel / Kerjaya No Comments »

Untuk makluman Tuan/Puan, pihak pengurusan kami sedang merancang ingin melaksanakan sebuah majlis taklimat berkenaan dengan Harta Sepencarian.

Sebarang informasi akan dimakluman kelak.

Terima kasih.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login