Menang tuntut harta suami

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20080725101101/Article/indexv_html

Menang tuntut harta suami

Susunan Idris Musa
idris@hmetro.com.my

FATIMA Gabie Hassam ketawa riang selepas sebuah mah kamah mengeluarkan keputusan yang menjamin hak tun tutannya terhadap sebahagian daripada hartanah suaminya.

“Saya adalah wanita paling gembira di seluruh dunia,” katanya kepada South Africa’s The Times baru-baru ini.

Dia seorang ibu kepada empat anak, memenangi kes tuntutan harta suaminya di mahkamah yang membuat pin daan kecil peruntukan undang-undang bagi memberikan kebenaran kepada balu Islam membuat tuntutan sebahagian daripada hartanah suami.

Suami Fatima meninggal pada 2001, meninggalkannya tanpa harta dan langsung tiada hak ke atas hartanahnya. Dia sebelum itu adalah isteri kedua kepada suaminya.

Tetapi selepas kematian suami, wanita berusia 61 tahun itu tiada tempat bergantung, malah tiada jaminan terhadap sebuah rumah kecil dua bilik tidur di Cape Town yang didiaminya berpuluh tahun bersama suaminya dahulu.

“Apabila suami meninggal, saya tidak mendapat apa-apa.

“Kemudian mereka mahu mengambil rumah terbabit. Saya tinggal di rumah itu bersama suami selama 36 tahun tempoh perkahwinan kami,” katanya dengan suara perlahan.

Undang-undang Afrika Selatan tidak mengiktiraf amalan poligami. Justeru, apabila suami meninggal dunia, iste ri-isterinya tidak dapat membuat tuntutan terhadap harta yang ditinggalkannya, sebaliknya ia akan dibahagikan kepada anak-anak saja.

“Implikasinya ialah wanita Islam seperti penuntut (Fatima) tidak dapat mempertahankan rumah dan wang yang di kumpul sepanjang tempoh perkahwinan,” kata peguam Fa tima, Igshaan Higgins.

Dalam Islam, amalan poligami adalah jalan penyelesaian yang realistik terhadap sesetengah kes sosial seperti pen sundalan, malah dapat meringankan beban kesusahan hidup bagi seseorang balu atau wanita yang diceraikan.

Bagaimanapun, seseorang lelaki Muslim yang mahu me ngambil isteri kedua, ketiga atau keempat sepatutnya me mastikan dia memberikan layanan adil terhadap isterinya malah kasih sayang yang tidak berat sebelah.

Al-Quran ada menegaskan kepentingan prinsip adil kepada lelaki Muslim yang ingin berkahwin lebih daripada seorang wanita dan sesiapa yang bimbang tidak dapat berlaku adil terhadap isteri-isterinya, cukuplah sekadar seorang isteri.

Keputusan yang dikeluarkan mahkamah terbabit, memihak kepada Fatima mendapat tepukan gemuruh bagi wanita Islam di negara itu, sekali gus memberikan satu penghormatan kepada wanita Afrika Selatan.

“Ini adalah kejayaan besar bagi semua rakyat Afrika Selatan, terutama kepada golongan yang sensitif dan tidak dititik berat. Ini menunjukkan perlembagaan dapat melindungi setiap orang,” kata Igshaan.

Pengarah Pusat Perundangan Wanita di negara itu, Jennifer Williams bersetuju dengan keputusan terbabit.

Bagi Fatima, keputusan juri mahkamah itu adalah suatu yang sangat istimewa kepada diri dan anak-anaknya, me nguatkan semangatnya untuk terus menongkah kehidupan.

“Saya memanjat doa kepada Tuhan untuk seluruh tahun. Saya tidak pernah mempunyai kehidupan yang baik bersama suami dan sekarang, pada usia emas begini, saya sangat gembira kerana dapat mempertahankan rumah saya,” ka tanya.

Umat Islam di Afrika Selatan mewakili 1.5 peratus daripada 44 juta penduduk, manakala yang lain adalah Kristian membabitkan 79.7 peratus penduduk, fahaman Hindu 1.3 peratus dan bakinya sama ada berfahaman lain, tiada agama atau tidak dapat dikenal pasti.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Henry ikrar bekas isteri tak akan dapat pampasan cerai

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Dunia/20080728084400/Article/index_html

Henry ikrar bekas isteri tak akan dapat pampasan cerai

LONDON: Bintang bola sepak dan bekas penyerang kelab Arsenal, Thierry Henry kini berdepan perbalahan perceraian yang getir selepas memberi amaran kepada bekas isterinya, Claire Merry yang wanita itu tidak mungkin memperoleh sesen pun daripada wang tunai £10 juta (RM70 juta) yang dituntutnya.

Media tempatan melaporkan, Merry, 27, yang juga bekas peragawati, dibenarkan bercerai dengan Henry, 30, pada September tahun lalu selepas menemui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) lucah pada telefon bimbit ahli sukan itu. Lebih menyukarkan keadaan, Henry bermain kayu tiga dengan menjalin hubungan dengan juru mekap artis, Sadie Hewlett.

Selepas bercerai, pasangan itu kini berdepan pertikaian, menyebabkan Henry mengambil khidmat peguam terkemuka untuk mengelak Merry menuntut wang tunai dimilikinya.

Merry dan Henry yang baru empat tahun berkahwin, bertemu pada 2001 ketika sama-sama menjalani penggambaran iklan. Mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun, Tea.

Selepas perceraian mereka disahkan atas alasan sikap curang Henry, Merry berikrar untuk membawa bintang kelab Barcelona yang dikatakan bernilai £25 juta (RM175 juta) kepada muka pengadilan bagi menuntut wang berkenaan.

Malah, Merry menuntut habuan perceraian itu berdasarkan jumlah pendapatan Henry, termasuk pendapatan iklan bintang sukan itu serta sebahagian rumah mereka yang bernilai £5.9 juta (RM41.3 juta) di Hampstead, London Utara. - Agensi


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Hak tadbir harta pusaka 10 September depan

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080724093511/Article/index_html

Hak tadbir harta pusaka 10 September depan

SHAH ALAM: Keputusan bantahan Bekas Eksekutif Carigali Petronas, Muhamad Suhaimi Abdul Aziz untuk mengetepikan permohonan hak mentadbir harta yang dikemukakan kedua ibu bapa mentua terhadap tiga anak kandungnya akan diketahui pada 10 September ini.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Syarie Saarani Ismail di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, bagi mengetahui siapakah individu yang berhak dan layak dalam mentadbir harta tiga anaknya sebelum pembahagian harta arwah isterinya.

Malah kedua-dua pihak diarahkan Saarani untuk memfailkan hujahan bertulis di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, pada 12 Ogos ini.

Ini kerana Amanah Raya Berhad selaku plaintif pada Februari lalu mengemukakan permohonan untuk membatalkan sijil pembahagian harta (faraid) bertarikh 13 Oktober 2000 berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sebaliknya pihak plaintif memohon mahkamah mengeluarkan sijil perakuan harta (faraid) yang baru dengan mengeluarkan Muhamad Suhaimi selaku defendan pertama sebagai penerima pusaka harta arwah isterinya Faizah Arshad bernilai RM319,445.

Dalam pernyataan tuntutan, terdapat enam defendan terbabit termasuk Muhamad Suhaimi, 48; Arshad Shafiee, 80 (defendan kedua); Mariam Abdul Latif, 73 (defendan ketiga); Muhamad Fariz Muhamad Suhaimi (defendan keempat), Muhamad Syafiq Muhamad Suhaimi (defendan kelima) dan Sarah Muhamad Suhaimi (defendan keenam).


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login