Bicara daftar kahwin Jamal 31 Mac depan

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20081128092156/Article/index_html

Bicara daftar kahwin Jamal 31 Mac depan

SHAH ALAM: Perbicaraan berhubung permohonan untuk mendaftar perkahwinan luar negara yang dikemukakan isteri kepada penyanyi popular Jamal Abdillah, Fatimatuzahra Samad akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada 31 Mac tahun depan.

Kes yang sepatutnya didengar di depan Hakim Syarie Tuan Kamarulzaman Ali semalam terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain sejurus Fatimatuzahra selaku plaintif mengemukakan permohonan terbabit melalui peguam syarie Hairunnajmi Najmuddin.

Penangguhan itu dibuat plaintif selepas memberitahu Hairunnajmi bahawa dia baru bertugas di tempat kerja baru, selain tidak mendapat pelepasan untuk keluar bagi menghadiri prosiding yang ditetapkan semalam.

Sungguhpun mahkamah menetapkan tahun depan sebagai tarikh perbicaraan, tetapi nama kedua-dua pasangan berkenaan yang mendirikan rumah tangga pada 3 Januari 2006 dilihat terpampang pada senarai kes di kaunter mahkamah.

Difahamkan Fatimatuzahra mengemukakan permohonan untuk mendaftar perkahwinan luar negara yang difailkan pada tahun lalu mengikut Seksyen 12 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Fatimatuzahra yang tidak diwakili peguam pada prosiding terdahulu dinasihatkan mahkamah menggunakan khidmat peguam sebelum melantik Hairunnajmi untuk mewakilinya pada April tahun lalu.

Perlantikan Hairunnajmi dibuat selepas Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali didakwa gagal hadir ke mahkamah setiap kali perbicaraan berlangsung berikutan waran tangkap yang diserahkan sebelum ini tidak sampai ke tangannya.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Suami mahu berbincang

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20081128085349/Article

Suami Zakiah mahu berbincang
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Pengacara popular rancangan 999 terbitan TV3, Zakiah Anas, 42, yang memfailkan permohonan cerai terpaksa menunggu hampir sebulan lagi untuk mendengar kes terbabit disebabkan suaminya tidak hadir prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Hakim Syarie Tuan Kamarulzaman Ali membenarkan penangguhan itu sejurus peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Zakiah sebagai plaintif mengesahkan ketidakhadiran Mohamad Yusof Mohamad Taib, 46, kerana tidak bersedia dengan permohonan itu.

Ini terkandung dalam perbualan telefon antara Azmi dan Mohamad Yusof kelmarin apabila defendan meminta kes itu ditangguhkan untuk membolehkan kedua-dua pihak berbincang secara baik.

“Pihak defendan sudah menerima saman pada petang 23 November lalu dan menghantar beberapa SMS. Pada dasarnya dia tidak bersetuju dengan tuntutan itu.

“Dia pohon tarikh seterusnya untuk berbincang dengan plaintif. Sekiranya ada penyelesaian saya tidak menolak dan memberi peluang kepada defendan.

“Defendan tidak mahu hadir kerana dia memberitahu saya yang dia tidak bersedia dengan permohonan itu tetapi dia mahu saya menyebut bagi pihaknya sekali.

“Saya memberitahu defendan tidak mengapa kerana kes berkenaan sebutan kali pertama hari ini (semalam). Saya beri laluan kepadanya, mungkin defendan boleh bincang dengan plaintif secara baik,” kata Azmi.

Kamarulzaman kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada jam 3 petang, 23 Disember ini.

Sementara itu, Zakiah dilihat hadir ke mahkamah kira-kira jam 11 pagi bersama beberapa ahli keluarga sebelum tampil ke hadapan hakim sejurus kesnya disebut setengah jam kemudian.

Bagaimanapun, kelibat Mohamad Yusof tidak kelihatan sebelum Azmi mengesahkan defendan tidak hadir bagi mendengar sebutan kes permohonan cerai itu.

Sejurus selesai kira-kira jam 11.50 pagi, Zakiah yang ditemui enggan mengulas mengenai permohonan cerai yang difailkan pada 31 Oktober lalu itu.

Azmi pula memberitahu wartawan anak guamnya membuat permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.

“Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada kedua-duanya ingin menyelesaikan masalah di luar mahkamah tetapi defendan ada memohon untuk berbincang dengan isterinya,” katanya.

Zakiah yang hampir 20 tahun menjadi pengacara di TV3 mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Yusof sejak 15 tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia 12 dan 14 tahun


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

tuntut RM200,000

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20081127094932/Article/index_html

Siti Fairus tuntut RM200,000

SHAH ALAM: Penyanyi popular 80-an, Siti Fairus Sheikh Mohamed yang popular dengan lagu ‘Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu’ memfailkan permohonan tuntutan mutaah daripada bekas suaminya bernilai RM200,000.

Selain itu Siti Fairus, 44, selaku plaintif turut memfailkan tuntutan harta sepencarian daripada

Mohamad Zainuddin Kordi, 45, (defendan) membabitkan 10 harta alih dan tidak alih yang dibeli sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Siti Fairus yang ditemani seorang anaknya Farahiyah Amirah, 17, memfailkan kedua-dua tuntutan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, pada jam 3 petang melalui peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Dalam pernyataan tuntutan mutaah yang difailkan mengikut peruntukkan Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, Siti Fairus menyatakan sudah banyak berkorban demi kebaikan defendan dan rumah tangga.

Plaintif sanggup berkorban atas kehendak defendan untuk berhenti daripada terbabit dalam bidang hiburan ketika popularitinya sedang meningkat dan meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan.

Malangnya dia mendakwa pengorbanannya itu tidak dihargai apabila bekas suami menjalinkan hubungan bersama seorang perempuan Indonesia sebelum mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuannya.

Defendan kemudian meninggalkan rumah dan membiarkan plaintif terumbang-ambing keseorangan menguruskan keluarga dengan segala hutang yang ditinggalkannya, selain kini bergelar ibu tunggal dan perlu berdepan dengan masyarakat.

Dalam tuntutan mutaah itu, plaintif percaya defendan seorang berkemampuan dan mempunyai pendapatan yang lumayan serta mempunyai harta-harta lain dan mengakui tidak pernah disabitkan nusyuz.

Siti Fairus turut menuntut harta sepencarian daripada defendan membabitkan 10 harta alih dan tidak alih yang dibeli sepanjang tempoh perkahwinan mereka termasuk sebidang tanah di Subang Indah Petaling Jaya dan Tiara Beach Resort Pasir Panjang, Negeri Sembilan.

Plaintif juga menuntut sebidang tanah di Bukit Merah Laketown, Simpang Ampat Semanggol, Perak; dua bidang tanah di Mukim Damansara, sebuah rumah di Bandar Sri Damansara, Mutiara Damansara dan Seksyen 24 dekat sini.


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login