Keliru status cerai isteri kedua
Harta Sepencarian October 20th, 2009http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/DrMashitah/20091011131511/Article/indexp_html
Keliru status cerai isteri kedua
SAYA berkahwin di Selatan Thailand dan masih dalam proses mendapat pengesahan daripada pihak berwajib di Malaysia.
Perkahwinan disahkan oleh hakim syarie tetapi masih perlu hadir untuk dikenakan hukuman atas kesalahan berkahwin di luar daerah tanpa kebenaran.
Dua bulan lalu isteri pertama saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di luar negara untuk tempoh empat tahun.
Selepas difikir semasak-masak, saya mengambil keputusan menceraikan isteri kedua bagi mengelak beliau terseksa atas ketiadaan saya bagi tempoh lama.
Namun perceraian tidak boleh dilakukan di Malaysia disebabkan perkahwinan berkenaan belum disahkan oleh pihak berwajib.
Jalan terbaik ialah berjumpa kadi yang menikahkan saya di Selatan Thailand.
Saya pergi seorang diri dan melafazkan perceraian tanpa kehadiran isteri kedua saya.
Saya belum lagi memaklumkan isteri kedua perihal perceraian itu selepas dia merayu supaya tidak diceraikan. Saya tidak sampai hati untuk maklumkan bahawa saya melafazkan perceraian di depan kadi tanpa kehadirannya.
Soalan saya, adakah perceraian itu sah jika saya tidak melafazkan secara berdepan dengan isteri?
HASHIM
United Kingdom
Daripada sudut agama, perceraian ini dikira berlaku bila tuan sebagai suami sudah berniat bercerai dan melafazkannya dengan rela hati.
Tidak ada syarat mengatakan cerai mesti dilafazkan di depan isteri. Cuma daripada sudut perundangan ada beberapa prosedur perlu dijalankan tetapi daripada sudut agama ia dikira sah dan berlaku.
Soal perceraian adalah perkara serius dan tidak boleh dipermainkan. Berlaku jujurlah dengan diri tuan dan isteri.
Jika tuan menceraikannya, maklumkan padanya, jika tuan masih sayang padanya dan mahu terus menjadikannya isteri, tuan masih boleh merujuk dengannya semula jika cerai itu talak itu satu dan masih dalam edah.
Jika edah sudah selesai (tamat) dengan cerai satu atau dua, namun tuan masih berhasrat bersamanya, eloklah berkahwin semula dengan sah di Malaysia.
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA


















Recent Comments