Hak suami atas harta isteri
Harta Sepencarian January 21st, 2008http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/DrMashitah/20080113114041/Article/indexp_html
DALAM soal jawab agama yang dikeluarkan sebelum ini, Datuk menjelaskan, suami ada hak ke atas harta pusaka milik isteri apabila isteri meninggal dunia, walaupun mereka baru bernikah.
Jika seorang wanita itu ada sedikit harta sebelum berkahwin (yang dicarinya sendiri) adakah suami juga ada hak terhadap harta milik isteri (bukan harta sepencarian) apabila mereka bercerai?
Bolehkah wanita merahsiakan harta miliknya (yang diperoleh ketika bujang) daripada pengetahuan suami?
Ini kerana ramai wanita sekarang memiliki pendidikan baik, bijak menabung, berkahwin lewat dan berpendapatan tinggi kerana bimbang jika diberitahu, lelaki mengahwini mereka kerana mahu menumpang kesenangan dimiliki.
AINA
Selayang, Selangor
Hukum faraid menentukan wanita yang mati meninggalkan suami, suami ada hak atas harta yang ditinggalkan sebanyak separuh jika tiada anak dan jika ada anak, haknya sebanyak satu perempat.
Penentuan sama ada harta itu diklasifikasikan sebagai harta sepencarian akan ditentukan mahkamah dengan melihat pelbagai aspek dan sudut yang adil bagi kedua-dua pihak.
Islam menentukan isteri boleh mendapat hak harta sepencarian suami, sedangkan harta seorang isteri yang diperoleh secara warisan atau hasil usaha sebelum perkahwinan tidak dikira sebagai harta sepencarian.
Ia adalah milik isteri. Apa pun perlu diingat, alam perkahwinan membawa erti perkongsian. Ia bukan sekadar kongsi rasa, rahsia dan harta, bahkan lebih daripada itu.
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA


















July 17th, 2010 at 4:48 am
Askm..Saya amat tertarik dengan isu harta isteri dan erti perkongsian hidup dala perkahwinan.
Saya ingin menceritakan mengalaman saya sendiri. Di awal perkahwinan kami telah berkongsi membeli sebuah rumah dan saya membeli sebuah kenderaan. Perkakas dalam rumah ada yang di beli kongsi dan ada yang masing2 beli sendiri mengikut kemampuan masing2 kerana pendapatan saya dan dia tidak jauh bezanya. Dalam 5 tahun perkahwinan saya telah dapat menyediakan perkara2 asas untuk isteri dan anak2 tetapi ketika anak pertama baru dilahirkan telah mengalami permasalahan sehingga berhenti bernafas agak lama tetapi kuasa Allah dan usaha para doktor syukur selamat anak itu. Tetapi implikasinya jika berhenti nafas yang agak lama adalah amat bahaya. Anggota boleh cacat, ‘brain damage’ dll. Anak ini amat fragile dan amat perlukan rawatan, pemerhatian dan kasih sayang yang berterusan. Pada 8 bulan pertama pembesaran anak itu agak memberangkan tetapi kita mencukupi sebagai bayi yang normal. Anak ini perlu menjagaan yang sebaik mungkin. Isteri saya tidak mahu menjaganya sepenuh masa malah disuruh mencari pembantu supaya membelanya dan kami suami isteri bekerja. Isteri tidak peka akan apa akibat jika 4 tahun pertama anak itu tidak diberikan jagaan serious dan teliti.
Saya terpaksa berhenti kerja sementara untuk mencari peluang berniaga di mana waktu saya lebih lapang untuk menjaga anak ini. kemudianya lahir anak kedua juga saya yang membesarkan dari kecil. Isteri saya mengejar cita2 mengunung dan dia sampai ketahap yang di mahu tetapi secara tidak langsung anak-anak serta suami telah terjauh dari perasaan seorang isteri dan ibu. Isteri yang tidak kena budi kini menuntut cerai dengan menghalau suami dari rumah dengan menukarkan kunci-kunci ketika tiada dirumah dan juga cuba memisahkan anak2 dengan bapa. Lebih malang lagi mertua dan adik beradik2nya turut bersubahat menjadi pendalang yang kejam dan zalim. Kini harta sepencarian kami sebuah rumah atas namanya tetapi saya telah menyumbang tenaga, mereka ubahsuai, memastikan kerja2 ubahsuai berjalan lancar, mencari bahan2 ubahsuai dan lain2 keperluan. Saya tidak menyumbangkan besar wang ringgit ketika beli rumah itu tetapi terlibat dari awal pembelian dengan berurusan dengan pemilik asal, ubahsuai dan segalanya. Isteri hanya mengeluarkan wang jika pembayaran itu melibatkan belas ribuan tetapi kos2 kecilan saya yang tanggung. Kini saya telah di nafikan bahagian saya. Bagaimana pula hukumnya jika ini berlaku dan dapatkah hak saya sebagai harta sepencarian? Minta perluaskan maksud harta sepencarian yang suami bole tuntut dalam konteks harta sepencarian yang dibeli dalam tempoh perkahwinan jika harta itu nama isteri.
July 17th, 2010 at 4:53 am
Bagaimanapula harta isteri yang dibeli dalam tempoh perkahwinan dan ada juga sebahagian yang di sumbang oleh suami?