Suami kerap menghilang

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/DrMashitah/20081213231818/Article/indexp_html

Suami kerap menghilang

SUAMI saya kerap menghilangkan diri buat beberapa bulan tanpa memberi nafkah, sebaliknya meninggalkan hutang sewa rumah dan bil lain.

Saya mempunyai empat anak dan tinggal di rumah sewa berhampiran rumah ayah.

Baru-baru ini dia balik dan membawa kami ke kampungnya. Saya bersetuju selepas dia berjanji akan menghantar kami balik apabila sekolah dibuka.

Namun apabila tiba waktunya, sekali lagi dia menghilangkan diri.

Apabila saya menghubungi dan mendesaknya menghantar kami balik, dia marah-marah dan mengancam akan menceraikan saya jika saya keluar dari rumah.

Saya menghubungi ayah untuk membawa kami balik kerana ketika itu saya hanya fikirkan persekolahan anak.

Saya menghubunginya sekali lagi untuk mengetahui status saya dan panggilan saya dijawab seorang perempuan. Dia memberitahu suami sudah menceraikan saya.

Saya tidak sedih jika benar sudah diceraikan. Saya ingin tahu, jika dia masih belum jatuhkan talak, bolehkah saya menuntut fasakh? Bagaimana caranya?

Bagaimana pula halnya dengan nafkah anak? Bolehkah saya menuntut barang dalam rumah seperti alat elektrik kerana dia mahu mengambilnya untuk diberi pada isteri baru.

ISTERI TERANIAYA
Melaka

Jika suami menghilangkan diri lebih dari empat bulan atau tidak bayar nafkah isteri dan anak, isteri layak memfail tuntutan fasakh daripadanya.

Sekarang puan tidak dengar dengan jelas daripada suami sendiri adakah dia sudah menceraikan puan atau tidak.

Jika dia menceraikan puan, puan perlu tahu berapa talak yang jatuh dan ia perlu dilafazkan dalam mahkamah. Sekarang puan ada dua pilihan.

Pertama mendapatkan pengesahan daripada suami mengenai lafaz cerai dan kedua memfailkan fasakh.

Walaupun bercerai, seorang bapa tetap mempunyai tanggungjawab membayar nafkah anak.

Jangan lupa memohon perintah mahkamah supaya suami membayar nafkah anak melalui potongan gaji setiap bulan jika dia ada majikan.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • Smarking
  • Reddit
  • feedmelinks
  • del.icio.us
  • LinkaGoGo
  • Shadows
  • Furl
  • YahooMyWeb

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Isteri curang buat jiwa tertekan

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/DrMashitah/20081130130005/Article/indexp_html

Isteri curang buat jiwa tertekan

SAYA sekarang dalam keadaan tertekan dengan isteri saya kerana masih lagi berhubung dengan kekasih lamanya melalui SMS dan emel. Kami berkahwin beberapa bulan lalu atas dasar suka sama suka dan kami berkenalan cuma dalam tempoh yang singkat.

Kami tinggal berasingan disebabkan faktor bertugas di kawasan yang jauh namun berjumpa hampir setiap hujung minggu. Saya menasihatinya beberapa kali supaya tidak lagi berhubung dan dia pernah berjanji untuk tidak buat demikian selepas kami berkahwin.

Namun, hati saya tergerak untuk menyiasat dengan mencari bukti dan akhirnya berjaya mendapatkan bukti yang mereka masih berhubung. Saya bertanya kepadanya kenapa masih berhubung namun dia menyangkal pada mulanya. Selepas disoal berkali-kali, akhirnya dia mengaku.

Saya amat marah dan kecewa, tapi cinta saya padanya masih lagi menebal seperti sebelum ini. Apa yang menambah derita saya lagi ialah dia juga mengaku pernah terlanjur dengan kekasih lama sebelum berkenalan dengan saya.

Perkara ini menjadikan saya semakin tertekan dan tidak lagi merasa bahagia bersamanya. Setiap kali bersama isteri saya akan teringat yang dia pernah bersama dengan lelaki lain hingga mengakibatkan hubungan tidak sehangat sewaktu saya tidak mengetahuinya.

Sekarang isteri saya berbadan dua dan saya sayangkan hubungan ini walaupun terlalu pahit untuk ditelan. Saya berharap Datuk dapat memberi nasihat untuk menghadapi semua ini.

Isteri sudah memohon maaf dan berjanji tidak mengulanginya namun saya sudah hilang kepercayaan terhadapnya.

Perlukah saya meneruskan hubungan ini? Apa patut saya lakukan sekarang? Bagaimana untuk memastikan isteri saya untuk tidak mengulanginya? Kerana ini adalah peluang terakhir bagi dirinya.

SYAH
Shah Alam

Pasangan jarak jauh yang hanya berjumpa seminggu sekali ada kemungkinan menghadapi masalah seperti tuan. Lebih parah bila isteri mempunyai bekas teman lelaki yang mudah pula baginya untuk kerap bertemu.

Nasihat saya pertamanya sama ada tuan atau isteri perlu berikhtiar untuk serumah bersama dan bekerja dalam kawasan. Ini perlu demi mengeratkan kembali rumah tangga.

Kedua; selaku suami dan pemimpin rumah tangga, tuan perlu bersemuka dengan isteri dan memberi ketegasan dalam soal maruah diri supaya tidak menjadi dayus.

Isteri solehah ialah isteri yang wajib menjaga maruah diri dan suami apalagi bila suami tiada.

Apapun berilah peluang kedua ini pada isteri. Namun beri juga amaran bahawa tuan sangat serius dalam hal ini.

Jika berulang lagi perbuatan yang menjijikkan ini, semua keputusan dalam tangan tuan.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • Smarking
  • Reddit
  • feedmelinks
  • del.icio.us
  • LinkaGoGo
  • Shadows
  • Furl
  • YahooMyWeb

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Isteri curang

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/DrMashitah/20081213231851/Article/indexp_html

Isteri curang

SAYA isteri berusia awal 30-an dan ada dua anak. Saya ingin tahu bagaimana caranya untuk bercerai dengan suami kerana saya tidak pernah menyayangi suami sejak hari pertama pernikahan kami. Saya sebenarnya dipaksa berkahwin.

Masalahnya suami saya baik, bertanggungjawab dan penyayang. Saya cuba menyayangi suami tetapi semakin hari semakin benci. Saya selalu berkasar, meninggikan suara dan menolak ajakan untuk bersama dengannya.

Untuk pengetahuan Datuk, saya mempunyai teman lelaki. Malangnya dia suami orang. Malah kami pernah terlanjur beberapa kali sehingga saya melahirkan anak (anak kedua) tetapi suami tidak tahu anak itu hasil hubungan saya dengan suami orang.

Saya terlalu menyayangi teman lelaki. Saya tahu perbuatan kami berdosa dan ini sebabnya saya mahu bercerai supaya masalah tidak berpanjangan.

Saya benar-benar tertekan. Saya mahu hidup bersama orang yang saya sayang dan orang itu bukan suami saya. Apa harus saya lakukan?

ANN
Kedah

Perkahwinan atas paksaan tanpa kerelaan kadangkala berhasil, namun ada kalanya terjadi seperti kes puan, di mana selepas mencuba pun tidak mampu mengasihi suami. Jika sampai puan terlanjur dengan lelaki lain, kes puan termasuk kategori berat kerana puan melakukan dosa besar.

Wanita bergelar isteri wajib memelihara maruahnya. Sebaik-baiknya diikhtiarkan supaya suami mahu menceraikan puan.

Jika suami enggan, puan boleh menggunakan jalan khuluk atau apa yang diistilahkan sebagai tebus talak.

Hal ini pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW, di mana seorang isteri mengadu dia tidak mampu mengasihi suami dan melaksanakan tanggungjawab isteri dan khuatir jadi derhaka, oleh itu Rasulullah memerintahkan dia memulangkan kembali mahar yang diberi supaya suami dapat melepaskannya.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • Smarking
  • Reddit
  • feedmelinks
  • del.icio.us
  • LinkaGoGo
  • Shadows
  • Furl
  • YahooMyWeb

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login