Hadiah, pusaka bukan sepencarian
Harta Sepencarian December 24th, 2007http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20071221125130/Article/indexv_html
Hadiah, pusaka bukan sepencarian
Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my
Kegagalan memahami harta sepencarian punca kegagalan pihak tertentu mendapatkan hak
SEBAIK lafaz akad nikah, bermulalah kehidupan beru mahtangga bagi pasangan suami isteri.
Dalam kehidupan suami isteri, semua masalah dan rahsia dikongsi bersama termasuk harta sepencarian.
Harta sepencarian ialah hasil yang diperolehi secara bersama sama ada rumah, perniagaan atau kenderaan dalam tempoh perkahwinan itu.
Ramai yang tahu mengenai harta sepencarian tetapi ke banyakan memandang remeh, cuma apabila berlaku per ceraian, perkara itu diungkit di mahkamah syariah.
Masing-masing mendakwa harta yang mereka miliki hak bersama dan faktor itu menyumbang kepada bertambah tuntutan di mahkamah.
Dalam banyak kes tuntutan sepencarian, golongan wanita sering menjadi mangsa.
Kegagalan memahami harta sepencarian menyebabkan ke gagalan pihak tertentu untuk mendapatkan hak sewajarnya.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Mohamad Shakir Abdul Hamid, berkata ajaran Islam me letakkan suatu asas kukuh berhubung pemilikan harta oleh suami dan isteri.
“Dan isteri-isteri mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak). Dalam pada itu lelaki (suami) mempunyai satu darjat ke lebihan atas perempuan (isterinya). (al-Baqarah:228)
Katanya, perkahwinan bukanlah hak mutlak untuk se seorang itu mendakwa harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan semuanya harta sepencarian.
“Ini kerana pemilikan harta sepencarian tertakluk kepada usaha yang dilakukan bersama bagi memperolehi harta itu, sebagaimana yang difirmankan Allah.
“Selain itu, suami isteri mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam tempoh perkahwinan. Ajaran Islam mengiktiraf sumbangan suami isteri dalam rumah tangga adalah satu tanggungjawab mulia,” katanya
Menurutnya, harta sepencarian ialah sesuatu yang sa ma-sama dicari dan diusahakan bagi mendapatkannya. Harta sepencarian tidak termasuk hadiah, pusaka dan hebah.
Beliau berkata, harta yang diperolehi sebelum perkahwinan bukan harta sepencarian kecuali jika harta itu dimajukan dalam tempoh perkahwinan.
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menyatakan: “Tidak boleh di anggap semata-mata kerana memegang di atas sesuatu harta dengan mendapat nama di dalam geran tanah dan sebagainya menjadi haknya seorang saja. Jika harta itu diperolehi semasa dalam perkahwinan masih berterusan, malah adanya seperti tidak ada.
“Dalam hubungan ini bolehlah dikiaskan perkakasan rumah dengan harta lain seperti rumah, tanah dan sebagainya yang diperolehi semasa kedua-duanya masih bersuami isteri, selagi tidak ada bukti lain yang menunjukkan harta itu sudah dibahagi atau ada hak masing-masing secara berasingan.”
Mohamad Shakir berkata, tiada istilah khusus dalam kitab fiqh mengenai harta sepencarian, namun konsep harta se pencarian ini diakui semua negeri di Malaysia sebagai sebagai sebahagian adat Melayu yang tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Pengiktirafan ini katanya, dengan jelas diberi melalui prinsip yang ada dalam perundangan Islam (qawaid fiqhiyah) dipetik oleh as-Suyuti sebagai “adat mengambil tempat hukum.”
Merujuk Seksyen 2 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)1984 memberi takrifan:
“Harta sepencarian ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.”
Dalam kes harta sepencarian, “Piah binti Said lawan Che Lah bin Awang” yang diputuskan Kadi Besar Pulau Pinang ketika itu, Harussani Zakaria ialah “harta yang diperolehi bersama suami isteri itu hidup bersama dan berusaha, sama ada kedua-duanya sama-sama bekerja dalam bidang yang sama atau dalam bidang berlainan dan secara rasmi atau tidak rasmi, dibahagikan tugas atau tidak.”
Persoalannya, siapa yang berhak menuntut harta sepen carian, bila waktu untuk menuntut harta sepencarian dan di mana sepatutnya difailkan tuntutan itu?
“Berdasarkan peruntukan hukum syarak dan undang-un dang, mereka yang layak menuntut harta sepencarian ialah suami atau isteri yang bercerai, suami atau isteri yang masih hidup jika pasangannya meninggal dunia, ahli waris dan suami atau isteri dalam kes suami berpoligami,” katanya.
Katanya, kebanyakan kes yang dikemukakan di mahkamah syariah mengenai tuntutan harta terbabit berlaku selepas perceraian suami isteri.
Bagaimanapun, undang-undang membenarkan tuntutan boleh dibuat semasa perceraian, selepas perceraian, selepas kematian suami atau isteri dan apabila suami berpoligami.
Sebelum pindaan Undang-undang Keluarga Islam 2005, tuntutan harta sepencarian hanya terbatas kepada pasangan suami isteri yang akan dan bercerai atau jika pasangan meninggal dunia.
Tetapi pindaan 2005 membenarkan tuntutan harta se pencarian akibat suami berpoligami sebagaimana dinyatakan Seksyen 23 (9) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, Pindaan 2005:
“Tiap-tiap mahkamah yang memberikan kebenaran atau memerintahkan supaya suatu perkahwinan didaftarkan ba wah seksyen ini hendaklah mempunyai kuasa atas per mohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan itu - (a)…(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperoleh oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan itu melalui usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.”
Bagi tuntutan harta sepencarian kerana perceraian, ia boleh dituntut di tempat berlakunya perintah perceraian. Ini di jelaskan dalam peruntukan undang-undang yang menya takan:
“Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa apabila mem benarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperolehi pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka.”
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

















Recent Comments