http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080724093511/Article/index_html

Hak tadbir harta pusaka 10 September depan

SHAH ALAM: Keputusan bantahan Bekas Eksekutif Carigali Petronas, Muhamad Suhaimi Abdul Aziz untuk mengetepikan permohonan hak mentadbir harta yang dikemukakan kedua ibu bapa mentua terhadap tiga anak kandungnya akan diketahui pada 10 September ini.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Syarie Saarani Ismail di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, bagi mengetahui siapakah individu yang berhak dan layak dalam mentadbir harta tiga anaknya sebelum pembahagian harta arwah isterinya.

Malah kedua-dua pihak diarahkan Saarani untuk memfailkan hujahan bertulis di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, pada 12 Ogos ini.

Ini kerana Amanah Raya Berhad selaku plaintif pada Februari lalu mengemukakan permohonan untuk membatalkan sijil pembahagian harta (faraid) bertarikh 13 Oktober 2000 berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sebaliknya pihak plaintif memohon mahkamah mengeluarkan sijil perakuan harta (faraid) yang baru dengan mengeluarkan Muhamad Suhaimi selaku defendan pertama sebagai penerima pusaka harta arwah isterinya Faizah Arshad bernilai RM319,445.

Dalam pernyataan tuntutan, terdapat enam defendan terbabit termasuk Muhamad Suhaimi, 48; Arshad Shafiee, 80 (defendan kedua); Mariam Abdul Latif, 73 (defendan ketiga); Muhamad Fariz Muhamad Suhaimi (defendan keempat), Muhamad Syafiq Muhamad Suhaimi (defendan kelima) dan Sarah Muhamad Suhaimi (defendan keenam).

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • Smarking
  • Reddit
  • feedmelinks
  • del.icio.us
  • LinkaGoGo
  • Shadows
  • Furl
  • YahooMyWeb

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA