Henry ikrar bekas isteri tak akan dapat pampasan cerai
Harta Sepencarian July 28th, 2008http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Dunia/20080728084400/Article/index_html
Henry ikrar bekas isteri tak akan dapat pampasan cerai
LONDON: Bintang bola sepak dan bekas penyerang kelab Arsenal, Thierry Henry kini berdepan perbalahan perceraian yang getir selepas memberi amaran kepada bekas isterinya, Claire Merry yang wanita itu tidak mungkin memperoleh sesen pun daripada wang tunai £10 juta (RM70 juta) yang dituntutnya.
Media tempatan melaporkan, Merry, 27, yang juga bekas peragawati, dibenarkan bercerai dengan Henry, 30, pada September tahun lalu selepas menemui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) lucah pada telefon bimbit ahli sukan itu. Lebih menyukarkan keadaan, Henry bermain kayu tiga dengan menjalin hubungan dengan juru mekap artis, Sadie Hewlett.
Selepas bercerai, pasangan itu kini berdepan pertikaian, menyebabkan Henry mengambil khidmat peguam terkemuka untuk mengelak Merry menuntut wang tunai dimilikinya.
Merry dan Henry yang baru empat tahun berkahwin, bertemu pada 2001 ketika sama-sama menjalani penggambaran iklan. Mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun, Tea.
Selepas perceraian mereka disahkan atas alasan sikap curang Henry, Merry berikrar untuk membawa bintang kelab Barcelona yang dikatakan bernilai £25 juta (RM175 juta) kepada muka pengadilan bagi menuntut wang berkenaan.
Malah, Merry menuntut habuan perceraian itu berdasarkan jumlah pendapatan Henry, termasuk pendapatan iklan bintang sukan itu serta sebahagian rumah mereka yang bernilai £5.9 juta (RM41.3 juta) di Hampstead, London Utara. - Agensi
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

















Recent Comments