http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Setempat/20070313095733/Article/indexm_html 

Suami nikah isteri orang

Oleh Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

ALOR STAR: Seorang tukang jahit berusia 45 tahun kebingungan apabila suaminya berkahwin dengan wanita lain yang masih berstatus isteri orang ketika suami wanita itu menjalani hukuman di penjara.

Tukang jahit itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ati mendakwa pernikahan suaminya berusia 43 tahun dengan wanita berusia 40-an, itu tidak sah kerana dia belum diceraikan suaminya. Ati mendakwa, dia difahamkan ketika mereka bernikah di Selatan

Thailand wanita itu memberitahu dia masih dara, sedangkan dia sudah mempunyai dua anak hasil pernikahan dengan suami pertamanya.Berikutan itu, dia terpaksa turun naik pejabat agama dan Mahkamah Rendah Syariah Kota Star sejak dua tahun lalu kerana tidak berpuas hati dengan cara pernikahan itu.“Saya sudah melaporkan perkara itu kepada Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) mengenai status mereka disebabkan mereka tinggal bersekedudukan.“Berdasarkan laporan itu, suami dan wanita itu ditahan kerana berkhalwat dan kes terbabit masih berjalan sehingga kini,” katanya.
Ati berkata, sebelum ini, dia dan suaminya kenal rapat dengan kakak ipar wanita berkenaan dan turut mengenali seluruh ahli keluarganya.Dakwanya, anak wanita itu sering bermain di belakang rumah mereka di Jitra dan sejak itu suaminya jatuh hati pada wanita berkenaan lalu membuat hubungan sulit.“Saya terkejut dimaklumkan kawan saya yang juga kakak ipar wanita itu suami saya sudah bernikah dengan wanita berkenaan di

Thailand pada Julai 2005 dan mendakwa dia masih dara.
“Sedangkan pada masa sama, suami wanita itu masih menjalani hukuman di penjara dan mereka belum bercerai,” katanya.Menurutnya, pernikahan itu turut diwalikan bapa wanita itu walaupun mereka tahu dia masih isteri orang dan sanggup merahsiakan pernikahan itu daripadanya walaupun sebelum ini hubungan mereka rapat.“Saya sudah bertemu Kadi Daerah Kota Star dan Jitra termasuk bahagian pendakwaan di Jaik untuk bertanyakan mengenai kes ini dan diberitahu pernikahan suami saya dan wanita itu tidak sah,” katanya.Ati yang mempunyai tiga anak lelaki berusia antara 15 hingga 20 tahun mendakwa, kes perbicaraan khalwat terhadap suaminya sudah tiga kali tertangguh tanpa alasan.Katanya, disebabkan sudah tidak tahan dengan kehidupannya yang seperti digantung tidak bertali, dia mengambil keputusan berpisah kali ketiga dengan suaminya walau pun pernah dua kali rujuk sebelum ini. “Sebelum ini kami pernah dua kali bercerai talak satu tetapi disebabkan anak, kami rujuk semula.“Bagaimanapun, kali ini saya bertekad tidak mahu kembali bersama suami dan kami berpisah secara rasmi pada 10 Januari lalu kerana dia mengabaikan tanggungjawabnya,” katanya.Katanya, walaupun lega kerana sudah diceraikan, dia masih tidak berpuas hati selagi hukuman tidak dikenakan terhadap pasangan itu.Sementara itu, Pendakwa Syarie Jaik, Sheikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajudin ketika dihubungi berkata, perbicaraan kes terbabit masih berjalan dan beberapa kali tertangguh disebabkan alasan yang diberi suami pengadu sebelum ini yang mengemukakan surat penangguhan akibat sakit.

===================================================================================

Kami menyediakan khidmat Deklarasi Harta Sepencarian.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • Smarking
  • Reddit
  • feedmelinks
  • del.icio.us
  • LinkaGoGo
  • Shadows
  • Furl
  • YahooMyWeb

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA