Hawa dapat cerai

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

Hawa dapat cerai

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Setelah empat tahun ditinggalkan suami tanpa sebarang nafkah akhirnya penyanyi, Wan Salmiah Meor Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Hawa, hari ini berjaya menuntut cerai secara fasakh.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini membenarkan permohonan Hawa, 29, untuk bercerai secara fasakh selepas mendengar penyanyi itu melafazkan sumpah istizhar untuk menyakinkan mahkamah atas dakwaan terhadap defendan.

Sepanjang prosiding kes itu berlangsung, suaminya, Izzat Datuk Abdul Malek, 42, selaku defendan tidak pernah hadir ke mahkamah. Hawa diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hasan.

Terdahulunya, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohammad dalam penghakimannya berkata, alasan Hawa untuk bercerai secara fasakh disebabkan defendan sering menyakiti fizikal dan mentalnya di samping tidak memberi nafkah.

Defendan juga telah berpoligami tanpa kebenaran dan mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan keduanya.

Di samping itu, mereka juga acap kali bergaduh.

Mahkamah bagaimanapun berpendapat, tindakan defendan meninggalkan plaintif sejak 1 Januari 2004 ternyata menyusahkan Hawa dan anaknya.

“Sesungguhnya perbuatan defendan ini mendatangkan mudarat kepada plaintif. Plaintif terpaksa berkorban mencari nafkah sendiri. Sedangkan antara tujuan perkahwinan untuk berkasih sayang. Antara tanda-tanda rahmat Allah ialah menciptakan isteri-isteri kepada kaum lelaki. Perasaan kasih sayang dan belas kasihan hanya akan menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.

“Kesimpulannya, mahkamah berpuas hati dan meluluskan permohonan fasakh plaintif setelah mendapati defendan cuai kerana tidak mengadakan peruntukan nafkah,’’ katanya.

Selain itu, menurut hakim, kegagalan defendan untuk menghadiri prosiding meskipun iklan telah disiarkan dalam Utusan Malaysia, menunjukkan defendan merestui perkahwinan ini dibubarkan.

“Mahkamah menerima keterangan saksi-saksi (bapa Hawa, Meor Abdul Rashid Meor Abdul Rahman, 60, dan bapa mertuanya, pesara kerajaan, Datuk Abdul Malek Ahmad, 70, setelah defendan gagal hadir ke mahkamah.

“Oleh kerana defendan gagal membela dirinya, berdasarkan hukum syarak dan arahan amalan Jabatan Kehakiman Syariah, memerlukan plaintif melafazkan sumpah istizhar. Adakah plaintif sedia untuk melafazkan sumpah,’’ soal hakim kepada Hawa.

Plaintif yang nampak anggun mengenakan baju kebaya berwarna hitam, terlebih dahulu dengan tenang telah beristighfar sebanyak tiga kali.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawa saya Wan Salmiah Meor Abdul Rashid menyatakan suami saya Izzat Datuk Abdul Malek telah cuai memberi nafkah kepada saya mulai 1 Januari 2004 sehingga sekarang. Sesungguhnya perbuatan defendan telah menimbulkan kesusahan dan penderitaan kepada saya dan anak. Sekiranya saya tidak bercakap benar saya akan bertanggungjawab ke atasnya (sumpah) dan sanggup menerima balasan di dunia mahupun akhirat.’’

Sejurus kemudian, Hakim Wan Mahyuddin berpuas hati untuk mensabitkan bahawa defendan memang cuai menyediakan nafkah tanpa alasan munasabah mulai 1 Januari 2004.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • Smarking
  • Reddit
  • feedmelinks
  • del.icio.us
  • LinkaGoGo
  • Shadows
  • Furl
  • YahooMyWeb

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Konflik sivil, syariah diselesai

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20081118230204/Article/

Konflik sivil, syariah diselesai

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi, memberi jaminan akan mencari jalan penyelesaian bagi mewujudkan persefahaman antara sistem perundangan sivil dan syariah supaya tidak timbul konflik pada masa depan.

Katanya, satu bentuk persefahaman antara kedua-dua undang-undang berkenaan perlu bagi menangani lebih banyak isu perundangan membabitkan umat Islam dan bukan Islam yang dikemukakan dalam mahkamah.

“Kita akan cuba mengelak berlakunya konflik dengan mencari persefahaman yang memberi kebaikan kepada kedua-dua sistem perundangan berkenaan,” katanya berucap merasmikan Seminar Antarabangsa Undang-Undang Perbandingan (Iscom) 2008 di sini, semalam.

Zaki memberi contoh kes Sulaiman Takrib, 59, yang didakwa anak murid Ayah Pin yang mencabar kesahihan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu dari segi Perlembagaan Persekutuan sama ada ia boleh digunakan untuk menuduhnya sebagai pengikut ajaran sesat.

“Dalam kes terbabit, isu yang ditimbulkan ialah sama ada Enakmen Jenayah Syariah negeri boleh dicabar di mahkamah sivil,” katanya.

(Keputusan panel lima hakim diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad 26 September lalu, mengisytiharkan enakmen itu sah untuk menuduh Sulaiman).

Seminar dua hari itu adalah anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (YTWP), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Lembaga Tabung Haji.

Hadir sama, Ketua Hakim Syarie dan Ketua Pengarah JKSM, Datuk Ibrahim Lembut; Naib Canselor Usim, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, Pengarah Iscom 2008 Profesor Dr Abdul Samat Musa dan Pengurus Besar YTWP Ahmad Ayob Ibrahim.

Abdul Hamid dalam syarahan Program Kajian Undang-Undang Islam Abd Al-Razzaq Al-Shanhuri di Fakulti Undang-Undang, Unversiti Harvard, Amerika Syarikat, baru-baru ini menyebut, kemungkinan mahkamah sivil dan syariah boleh bergabung di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Katanya, gabungan dua mahkamah itu akan mengharmonikan prinsip sivil dan syariah untuk mengendalikan isu kompleks yang dipertikaikan dan bidang kuasa kedua-dua mahkamah yang tercetus daripada kes antara fahaman.

Sementara itu, pada sidang media pada majlis itu, Ibrahim berkata, bukan Islam tidak sepatutnya bimbang jika sistem perundangan sivil dan syariah digabungkan kerana agama Islam tidak pernah mendiskriminasi kaum dan agama lain.

“Islam akan mempertahankan semua orang dan tanggapan bahawa penggabungan mahkamah sivil dan mahkamah syariah akan menjejaskan hak bukan Islam adalah salah.

“Namun, perjalanannya masih jauh walaupun perbincangan mengenai sebarang kemungkinan untuk mengharmonikan undang-undang syariah dan sivil sudah diadakan sebelum ini,” katanya.

Abdul Shukor yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, ketika diminta mengulas perkara sama turut menyambut baik cadangan mengharmonikan kedua-dua undang-undang berkenaan.

“Usaha ke arah itu sudah lama dimulakan kerana ia dapat membawa perkongsian bagi menyelesaikan isu yang timbul di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam,” katanya.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • Smarking
  • Reddit
  • feedmelinks
  • del.icio.us
  • LinkaGoGo
  • Shadows
  • Furl
  • YahooMyWeb

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Pelukis tersohor sah bercerai

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20081119095936/Article/

Pelukis tersohor sah bercerai

KUALA LUMPUR: Pelukis tersohor negara, Raja Azhar Raja Lop Idris, 55, disahkan bercerai dengan bekas isterinya dengan talak satu oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini, semalam, selepas 26 tahun mendirikan rumah tangga.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammed mengesahkan permohonan dikemukakan Raja Azhar selepas mendapati bekas isterinya, Charmaine Winifred, 53, melanggar taklik yang dibuat suaminya memalui SMS pada 6 Ogos lalu.

Mahyuddin dalam penghakimannya berkata, Raja Azhar pada 6 Ogos lalu menghantar SMS kepada bekas isterinya yang kini berada di Australia selepas setahun tidak pulang ke negara ini.

Oleh itu, Wan Mahyuddin mengesahkan perceraian itu dengan talak satu sejak 8 Ogos lalu dan memerintahkan permohonan lafaz cerai berkenaan didaftarkan selain surat perakuan perkahwinan plaintif dibatalkan dan defendan perlu beredah tiga kali suci bermula 8 Ogos lalu.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • Smarking
  • Reddit
  • feedmelinks
  • del.icio.us
  • LinkaGoGo
  • Shadows
  • Furl
  • YahooMyWeb

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Login