Isteri curang buat jiwa tertekan
Harta Sepencarian No Comments »http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/DrMashitah/20081130130005/Article/indexp_html
Isteri curang buat jiwa tertekan
SAYA sekarang dalam keadaan tertekan dengan isteri saya kerana masih lagi berhubung dengan kekasih lamanya melalui SMS dan emel. Kami berkahwin beberapa bulan lalu atas dasar suka sama suka dan kami berkenalan cuma dalam tempoh yang singkat.
Kami tinggal berasingan disebabkan faktor bertugas di kawasan yang jauh namun berjumpa hampir setiap hujung minggu. Saya menasihatinya beberapa kali supaya tidak lagi berhubung dan dia pernah berjanji untuk tidak buat demikian selepas kami berkahwin.
Namun, hati saya tergerak untuk menyiasat dengan mencari bukti dan akhirnya berjaya mendapatkan bukti yang mereka masih berhubung. Saya bertanya kepadanya kenapa masih berhubung namun dia menyangkal pada mulanya. Selepas disoal berkali-kali, akhirnya dia mengaku.
Saya amat marah dan kecewa, tapi cinta saya padanya masih lagi menebal seperti sebelum ini. Apa yang menambah derita saya lagi ialah dia juga mengaku pernah terlanjur dengan kekasih lama sebelum berkenalan dengan saya.
Perkara ini menjadikan saya semakin tertekan dan tidak lagi merasa bahagia bersamanya. Setiap kali bersama isteri saya akan teringat yang dia pernah bersama dengan lelaki lain hingga mengakibatkan hubungan tidak sehangat sewaktu saya tidak mengetahuinya.
Sekarang isteri saya berbadan dua dan saya sayangkan hubungan ini walaupun terlalu pahit untuk ditelan. Saya berharap Datuk dapat memberi nasihat untuk menghadapi semua ini.
Isteri sudah memohon maaf dan berjanji tidak mengulanginya namun saya sudah hilang kepercayaan terhadapnya.
Perlukah saya meneruskan hubungan ini? Apa patut saya lakukan sekarang? Bagaimana untuk memastikan isteri saya untuk tidak mengulanginya? Kerana ini adalah peluang terakhir bagi dirinya.
SYAH
Shah Alam
Pasangan jarak jauh yang hanya berjumpa seminggu sekali ada kemungkinan menghadapi masalah seperti tuan. Lebih parah bila isteri mempunyai bekas teman lelaki yang mudah pula baginya untuk kerap bertemu.
Nasihat saya pertamanya sama ada tuan atau isteri perlu berikhtiar untuk serumah bersama dan bekerja dalam kawasan. Ini perlu demi mengeratkan kembali rumah tangga.
Kedua; selaku suami dan pemimpin rumah tangga, tuan perlu bersemuka dengan isteri dan memberi ketegasan dalam soal maruah diri supaya tidak menjadi dayus.
Isteri solehah ialah isteri yang wajib menjaga maruah diri dan suami apalagi bila suami tiada.
Apapun berilah peluang kedua ini pada isteri. Namun beri juga amaran bahawa tuan sangat serius dalam hal ini.
Jika berulang lagi perbuatan yang menjijikkan ini, semua keputusan dalam tangan tuan.
Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

















Recent Comments