INCLUDE_DATA
Saya rasa anda baru sampai di blog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog supaya tidak ketinggalan info terkini dari saya. Sila subscribe di petak sebelah kanan blog.

Harta pusaka nenek nyanyuk

Wasiat No Comments »

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/DrMashitah/20091011131700/Article/indexp_html

Harta pusaka nenek nyanyuk

AYAH saya sudah meninggal dunia, meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki, lima anak perempuan dan ibu kandung beliau (nenek saya). Sekarang kami membuat proses pembahagian harta secara faraid. Menjadi persoalannya ialah nenek saya sudah nyanyuk dan hilang keupayaan untuk menguruskan dirinya.

Nenek saya hanya mempunyai seorang anak (ayah saya yang sudah meninggal dunia) dan seorang adik perempuan. Disebabkan nyanyuk, adakah nenek saya hilang kelayakan dalam pembahagian harta pusaka arwah ayah saya? Bagaimana dengan harta nenek saya, siapa paling layak mentadbir harta beliau cucu atau adik perempuannya?

Sebelum nyanyuk, nenek saya pernah menyatakan dan berpesan harta dan wang beliau diberi kepada orang yang menjaga beliau saja.

Di sini orang yang menjaga beliau adalah ibu saya (menantu) dan cucu perempuan. Jadi adakah kata-kata ini boleh dijadikan wasiat?

SUHANA

Kuantan, Pahang

Syarat bagi orang yang layak mewarisi harta ialah dia masih hidup. Dalam hal ini nenek masih hidup, cuma dia nyanyuk. Maka haknya sebagai pewaris tidak gugur dalam pusaka berkenaan. Jika dia nyanyuk, boleh diserahkan kepada orang yang menguruskan, menjaga dan mentadbir dirinya.

Siapa yang menguruskan nenek dan menjaganya, dia layak mentadbir harta berkenaan untuk keperluan nenek. Apa saya faham di sini ialah nenek saudari berpesan supaya hartanya diberi pada orang yang menjaga atau wasiatnya hanya boleh diambil kira apabila dia meninggal dunia kelak maknanya jika dia mati baru harta tersebut diserahkan pada orang yang diwasiatkan.

Siapa yang menjaga nenek sekarang, itulah orang yang layak diserahkan untuk mentadbir harta nenek. Maksud mentadbir ialah menggunakan harta berkenaan untuk keperluan nenek selama dia masih hidup dan bukan digunakan untuk peribadi orang yang mentadbir.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • Smarking
  • Reddit
  • feedmelinks
  • del.icio.us
  • LinkaGoGo
  • Shadows
  • Furl
  • YahooMyWeb

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Status wasiat berbeza agama

Wasiat No Comments »

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/DrMashitah/20090830083508/Article/indexp_html

Status wasiat berbeza agama

SOALAN

SAYA adalah saudara baru yang memeluk agama Islam pada 2002. Seorang lagi adik saya juga memeluk Islam tetapi dia melakukannya lebih awal daripada saya.

Kini kakak saya ingin membuat wasiat untuk mengagihkan hartanya, tetapi beliau dinasihatkan oleh peguam supaya tidak memasukkan nama kami berdua yang beragama Islam.

Nasihat beliau itu disebabkan undang-undang syariah tidak akan membenarkan kami menikmati sepenuhnya harta pemberian kakak kami.

Ini kerana mengikut undang-undang syariah, suami kami akan mendapat hak yang lebih terhadap harta berkenaan.

Disebabkan nasihat itu, kami berdua tidak dinamakan sebagai pewaris harta itu.

Jika ditakdirkan sedemikian, saya reda dan terima keputusan itu seadanya.

Namun persoalan saya, adalah benarkan undang-undang syariah mempunyai peruntukan seperti itu?

NUR
Seremban

JAWAPAN

Jika saudara bukan Islam ingin memberi kepada saudaranya yang berlainan agama daripada hartanya sebagai hadiah atau pemberian, dia boleh berbuat demikian dan harus menerimanya begitu juga sebaliknya daripada saudara Islam kepada saudaranya yang bukan Islam.

Selama dia masih hidup dan sebagai hadiah adalah dibolehkan. Yang tidak boleh ialah apabila menjadi pusaka sebagai penerima faraid saja. Harta seorang isteri adalah menjadi milik dirinya dan bukan milik suaminya.

Cuma selepas dia mati jika tidak diwasiatkan hak suami sebanyak ½ jika tiada anak atau ¼ jika ada anak memang ada dalamnya tetapi bukan semuanya terus menjadi milik suami. Islam agama adil dan tidak menganiaya mana-mana pihak.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • Smarking
  • Reddit
  • feedmelinks
  • del.icio.us
  • LinkaGoGo
  • Shadows
  • Furl
  • YahooMyWeb

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Kes cerai di Sarawak meningkat

Harta Sepencarian No Comments »

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20090930081116/Article/index_html

Sabah&Sarawak: Kes cerai di Sarawak meningkat
Oleh Micheal Sering
bhnews@bharian.com.my

Kajian menyeluruh dilakukan bagi mengesan faktor masalah berkaitan

KUCHING: Kerajaan negeri akan melakukan kajian menyeluruh secara terperinci mengenai masalah perceraian di kalangan pasangan di Sarawak tidak lama lagi, berikutan kes perceraian di seluruh negara dikesan semakin meningkat tahun ini disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan), Datin Fatimah Abdullah, berkata pihaknya bimbang masalah perceraian di kalangan penduduk tempatan juga meningkat ketara tahun ini disebabkan peningkatan kos sara hidup terutama di kawasan bandar.

“Kita mendapat maklumat daripada Lembaga Penduduk Negara yang melakukan kajian mengenai kes perceraian baru-baru ini.

“Saya melihat laporan kajian itu tetapi tak ingat statistik sebenar. Bagaimanapun kadar perceraian sememangnya meningkat di seluruh negara,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di rumah Presiden Persatuan Ibu Tunggal Sarawak, Salmah Ibrahim, di Jalan Depo, Petra Jaya, di sini.

Beliau berkata, hasil kajian berkenaan juga menunjukkan penceraian semakin banyak berlaku di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur berikutan pasangan mendiami kawasan itu lebih terdedah menghadapi masalah kewangan disebabkan kos sara hidup semakin tinggi.

Selain kos sara hidup tinggi di bandar, banyak pasangan juga dikesan menghadapi masalah selepas lima tahun berkahwin berikutan tidak bersedia dari segi kewangan, emosi dan fizikal atau diakibatkan ramai mahu menukar pasangan masing-masing selepas tempoh itu kerana didapati tidak lagi serasi.

“Kita tak ada lagi statistik terperinci mengenai kes perceraian di Sarawak. Bagaimanapun saya akan mengarahkan pegawai khas di Majlis Pembangunan Sosial dan Urbanisasi membuat kajian sosial mengenainya di seluruh negeri ini tidak lama lagi,” katanya.

Fatimah berkata, selain mendapatkan statistik perceraian dari segi pecahan kaum, pecahan kawasan, serta purata tempoh pasangan hidup bersama sebelum bercerai, kajian terbabit juga akan menentukan penyebab biasa berlakunya kes perceraian di negeri ini.

Ini katanya, termasuklah menentukan sama ada kes perceraian di kalangan penduduk tempatan mempunyai kaitan dengan masalah pasangan yang berkahwin di usia terlalu muda yang banyak berlaku di kawasan luar bandar.

“Kita juga akan melihat dalam kajian samada suami menjalankan kewajipan dari segi undang-undang untuk menanggung nafkah bekas isteri dan anaknya selepas penceraian, kerana ramai ibu tunggal di negeri ini masih menghadapi masalah berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri mahu kajian itu dilakukan segera bagi mencari kaedah mengurangkan kes penceraian di negeri ini dan mengelakkannya menyumbang kepada masalah sosial lain berikutan anak pasangan bercerai yang terbiar atau ibu tunggal, sukar berdikari untuk menyara keluarga.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • Smarking
  • Reddit
  • feedmelinks
  • del.icio.us
  • LinkaGoGo
  • Shadows
  • Furl
  • YahooMyWeb

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Khidmat perundangan kewangan Islam kini semakin penting: Zeti

Taklimat / Ceramah / Bengkel / Kerjaya No Comments »

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Ekonomi/20090928233504/Article/index_html

Khidmat perundangan kewangan Islam kini semakin penting: Zeti

KHIDMAT perundangan dalam kewangan Islam akan menjadi lebih penting berikutan kecekapan dan kemajuan industri itu, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Beliau menegaskan, ini berikutan kekuatan kewangan Islam semasa krisis kewangan global berlaku, yang berjaya menambah minat, menerusi peningkatan tahap inovasi, skala dan bertambah kompleks transaksi yang juga semakin meningkat.

“Kerangka perundangan yang baik dalam kewangan Islam akan meningkatkan keyakinan awam terhadapnya, dan menawarkan platform yang membolehkan pengamal membangunkan produk kewangan yang kompleks dan inovatif bagi memenuhi permintaan pengguna yang pelbagai,” katanya.

Zeti berkata demikian dalam ucaptamanya pada Seminar Keempat Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) mengenai Isu-isu Perundangan dalam Industri Perkhidmatan Kewangan Islam, di Kuala Lumpur, semalam.

Zeti juga berkata, kerangka kerja perundangan yang kukuh akan menawarkan mekanisme untuk penyelesaian pertikaian yang mengambil kira ciri berlainan bagi transaksi kewangan Islam.

“Di sinilah industri perkhidmatan perundangan memainkan peranan penting dalam menawarkan penyelesaian perundangan.

“Justeru, ia menawarkan jambatan yang penting antara ruang lingkup perundangan dan Syariah, yang membolehkan pengoperasian prinsip syariah dalam amalan kewangan Islam dilaksanakan secara sah,” katanya.

Ini katanya, penting dalam menyediakan dokumentasi transaksi pembiayaan Islam bagi mengelak kekaburan serta tidak konsisten dan mengelak risiko dokumen perundangan dianggap tidak sah oleh mahkamah.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • Smarking
  • Reddit
  • feedmelinks
  • del.icio.us
  • LinkaGoGo
  • Shadows
  • Furl
  • YahooMyWeb

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Uncategorized No Comments »

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009.

Berhati-hati semasa memandu dan menunggang untuk balik beraya di kampung.

Daripada:

Pengurusan

www.HartaSepencarian.com

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • Smarking
  • Reddit
  • feedmelinks
  • del.icio.us
  • LinkaGoGo
  • Shadows
  • Furl
  • YahooMyWeb

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA
WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in